Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KAJIAN PELAKSANAAN MODUL ELEKTIF KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHAP 1 (DALAM TALIAN)

Tugas yang perlu diselesaikan sebelum 31 Mac 2014

Surat Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BPK) 600-5/2 (73) bertarikh 19 November 2013 adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM sedang menjalankan kajian Pelaksanaan Modul Elektif Tahap 1 (Dalam Talian) di semua sekolah kebangsaan di seluruh negara.

3. Kajian dalam talian ini melibatkan dua instrumen, iaitu Borang Soal Selidik Pentadbir dan Borang Soal Selidik Guru. Sekolah perlu menjawab soalan dalam borang tersebut. Alamat URL untuk mengisi borang soal selidik dalam kajian ini adalah seperti berikut :

     i - Borang Soal Selidik Pentadbir : www.moe.gov.my/bpk/kajiankssr/pentadbir
     ii- Borang Soal Selidik Guru : www.moegov.my/bpk/kajiankssr/guru
      *Adalah dicadangkan pentadbir dan guru menggunakan Google Chrome untuk mengakses URL di atas.

4. Talian bagi kajian ini di buka 25 November 2013 dan akan tutup pada 31 Mac 2014. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Md Rashid Bin Md Yusof, Penolong Pengarah Sekolah Rendah ditalian 05-5015308. Disertakan surat siaran dari KPM untuk rujukan tuan.

Sekian terima kasih.

Unit Sekolah Rendah, SPS
---

Catat Ulasan for "KAJIAN PELAKSANAAN MODUL ELEKTIF KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHAP 1 (DALAM TALIAN)"