Home » , , » Tatacara Permohonan Lawatan Sekolah

Tatacara Permohonan Lawatan Sekolah


Sejak kebelakangan berlaku beberapa masalah teknikal ke atas kelulusan permohonan lawatan sekolah. Sehubungan itu setiap sekolah perlu mematuhi peraturan berikut untuk mengelakkan kelewatan dan kelancaran kelulusan lawatan yang akan diproses oleh Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Tiap-tiap permohonan tersebut perlu disertakan :

1. Permohonan Peraturan (Rombongan) Sekolah 1957
2. Nama penuh sekolah dan alamat sekolah.
3. Nama ketua rombongan dan guru-guru lain yang mengiring
4. Tujuan/ objektif lawatan
5. Aturcara lawatan yang lengkap ( tarikh, waktu bertolak, tempat- tempat yang dilawati, alamat tempat bermalam, tarikh dan waktu balik.
6. Keterangan orang yang dibenarkan mengutip dan membelanjakan wang (nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat rumah)
7. Sumber kewangan
8. Senarai dan butiran lengkap ahli rombongan seperti nama penuh, umur dan nombor kad pengenalan, darjah/tingkatan serta alamat rumah (guru dan murid)
9. Jenis kenderaan ,nombor pendaftaran, nama syarikat / pemilik

Syarat-syarat Am adalah seperti berikut:
1. Permohonan hendaklah dikemukakan tidak kurang dari 5 minggu dari tarikh lawatan (kecuali lawatan khas/ atas jemputan)
2. Mengemukakan 3 salinan permohonan jika lawatan dijalankan dalam negeri dan daerah.
3. Bagi lawatan luar daripada negeri Perak ditambah satu salinan bagi tiap-tiap negeri yang dilalui.
4. Lawatan sekolah semasa hari persekolahan mestilah tidak melebihi 2 kali setahun.
5. Perjalanan pergi dan balik pada waktu malam adalah tidak dibenarkan.

* Untuk mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai peraturan lawatan tuan/puan boleh merujuk kepada Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2002 dan Bil 12/2000 serta surat daripada JPN Perak (J.Pend.Pk (AM)4520/2/SJ.6(12) bertarikh 25 September 1992.

Download pekeliling di sini -> download

0 comments:

Catat Ulasan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...