Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Salam Ramadhan 2009 Masihi Bersamaan 1430 Hijrah

Alhamdulillah, tahun ni aku mula berpuasa bersama isteriku di Taiping. Sebelum pi solat terawih sempat lagi pekena cempedak goreng. Nasib baik kat sini solat Isyak start lambat sikit, sempat la berjemaah dulu. Malam ni aku buat 8 rakaat je, coz isteri tak larat nak buat banyak2. Katanya asyik nak terkentut dan nak 'terkucil'. Maybe sebab dah sarat, aku ni ikut jela, lagipun memang ramai yg balik lps 8 rakaat. Ramai kot org taiping ni yg bini depa sarat mengandung..huhu.

Nak tau kat mana aku terawih? Tgk gambar dibawah



Masjid Kampung Jambu, Taiping


Di sini aku nak kongsi berkenaan puasa yg kunjung tiba

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Niat Puasa (Tiap-tiap Hari)

Niat Puasa (Sebulan) ni utk yg selalu lupa

Kalau nak tau lebih lanjut, boleh follow link ni -> Wikipedia

1 ulasan for "Salam Ramadhan 2009 Masihi Bersamaan 1430 Hijrah"

  1. Selamat menjalani ibadah puasa...Pasti ada kelainan menjalani Bulan Ramadhan bersama isteri..(sahur pagi ni mak masak ikan terubuk masak asam pedas...)

    BalasPadam